Terma & Nota Privasi

TERMA PEMBELIAN & PENGHANTARAN PRODUK IKIM

Di maklumkan bahawa setiap pembelian produk IKIM adalah tertakluk kepada terma-terma berikut:-

  1. Pembelian tidak boleh dibatalkan sebaik sahaja pembayaran telah dilakukan.
  2. Produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.
  3. Produk yang telah dibeli tidak akan memperolehi bayaran balik  tanpa sebarang sebab-sebab yang kukuh (dan berbukti).
  4. Penghantaran produk IKIM mengambil tempoh 5 hari bekerja (Setelah pembayaran disahkan & resit dikeluarkan oleh unit Kewangan IKIM).
  5. Pihak IKIM tidak akan bertanggungjawab diatas kerosakan sewaktu penghantaran pesanan oleh agensi penghantaran barang.
  6. Pihak IKIM tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang maklumat atau pernyataan penyampai atau penceramah didalam cd/vcd/audio/visual yang menyentuh sensitiviti sebarang pihak.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi unit BEP di talian 03-03-6204 6263 /264 

NOTIS PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan sedia ada/masa depan:

Pengumpulan Data Peribadi

Dalam urusan anda dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia kami akan menggunakan maklumat tentang diri anda (“Nama Penuh, Alamat Surat Menyurat & Nombor Telefon”) bagi memudahkan kami berurus niaga dan memaklumkan maklumat berhubung dengan perniagaan kami. Maklumat ini adalah amat relevan bagi proses perniagaan kami, perlaksanaannya, termasuk penyampaian notis, makluman perkhidmatan dan/atau produk, pengurusan perhubungan pelanggan, tujuan perancangan produk akan datang, pelancaran produk baru termasuk acara mempromosi produk dan/atau perkhidmatan dengan rakan niaga perniagaan kami.

Aduan & Pertanyaan

Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan, meminta akses kepada, dan pembetulan terhadap Data Peribadi, menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda atau melupuskan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan kepada NT menerusi pos berdaftar atau emel seperti yang dinyatakan di bawah:

Alamat Pos: Niaga Bahagian Ekonomi & Pemasaran, Institut Kefahaman Islam Malaysia, No.2 Langgak Tunku off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur

BEP di talian 03-03-6204 6263 / 264 

Shopping cart0
There are no products in the cart!
0