Description
mām Muḥammad bin Yūsuf al-Sanūsī——ulama besar dari Tilimcen, Algeria, yang wafat pada 895 Hijrah—merupakan tokoh pembaharuan sukatan pengajian ilmu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, khasnya Ilmu Kalam al-Ashʿarī, melalui karya-karya utama beliau: al-Kubrā; al-Wusṭā; al-Ṣughrā; Ṣughrā al-Ṣughrā; Ṣughrā Ṣughrā al-Ṣughrā; al-Mufīdah; dan al-Muqaddimāt. Sukatan dan sumbangannya ini telah dimanfaatkan oleh Umat Islam, termasuk di Alam Melayu. Al-Muqaddimāt, secara khusus, dapat dianggap sebagai kamus Ilmu Kalam bagi kata kunci dan istilah yang digunakan oleh Imām al-Sanūsī dalam karya-karyanya di atas. Dengan karya terbitan IKIM ini, buat pertama kalinya al-Wusṭa dan al-Muqaddimāt secara berkembar ditahkik (iaitu: diedit secara kritis berpandukan beberapa manuskrip tulisan tangan) dan diterjemahkan, selain diteliti dalam ruang-lingkup Alam Melayu.
Additional information
Weight | 0.1 kg |
---|