Sale!

Hidayatus Salikin – Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam

(2 customer reviews)

RM0.00

12 in stock

Bandingkan
SKU: DVD-HIDSAL-15-1 Category: Tags: ,

Kongsi produk ini di

Description

Hidayatus Salikin – Sheikh Ahmad Fahmi Zam Zam (DVD)

Dapatkan segera dengan harga  RM80.00. Pakej ini mengandungi 7 DVD dalam format video. Tontoni & dengari bingkisan ilmu dari kitab Hidayatus Salikin yang menyingkap petunjuk bagi insan tawaduk yang ingin menuju Allah Taala.

Hidayatus Salikin 

Hidayatus Salikin merupakan kitab turath karangan ulama kelahiran Palembang kurun ke-18 Masehi yang amat terkenal dinusantara ini iaitu Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani RA. Kitab ini bersumberkan karangan asal Hujjatul Islam Imam al-Ghazali RA berjudul “Bidayatul Hidayah” yang diberi ulasan dan penambahbaikan oleh beliau.

DVD ini merupakan rakaman video penuh kuliah yang disyarahkan oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan KUala Lumpur pada 5-8 Jun 2014.

Latar Belakang Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam atau nama penanya ‘Abu Ali al-Banjari al-Nadwi al-Maliki” merupakan seorang alim kelahiran Kalimantan Selatan yang mengabdikan diri dalam menyampaikan ilmu Islam bukan sahaja di indonesia bahkan juga di seluruh Malaysia. Beliau mendapat didikan langsung daripada ulama India yang terkenal Sayyid Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi RA (wafat 1420 H/1999 M).

Beliau juga pernah berguru dengan ulama yang diber gelaran “Munsid Dunya” Syeikh Muhammad Yasin Al-Fandani RA (wafat 1410 H/1990 M) dan memperoleh Ijazah ‘ammah dalam ilmu hadith dan gurunya itu. Beliau juga sempat berguru dengan Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki Al-Hasani RA (wafat 1425 H/2004 M), hingga dianugerahi oleh guru yang sangat mencintai dan dicintai itu gelaran “al-Maliki” pada tahun 2002.

Beliau mengarang banyak kitab termasuk mentahqiq, menterjemah dan menerbitkan semula kitab-kitab karangan ulama’ silam Alam Melayu Nusantara seperti kitab karangan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani RA “Sairus Salikin” (4 jilid) dan “Hidayatus Salikin”. Manakala kitab-kitab yang telah beliau terjemahkan termasuklah “Bidayatul Hidayah” dan Ayyuhal Walad” karangan Imam Ghazali RA. “Bustanul Arifin” karangan Imam An-Nawawi RA dan “Lamityah Ibnu Wardi” karanagan Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi RA.

 

 

Additional information

Weight 0.2 kg

2 reviews for Hidayatus Salikin – Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam

  1. njiheam

    Ada restok lagi tak tahun depan. Dah lama tunggu nak beli koleksi ini. 🙁
    Sempah pergi daurahnya sahaja.

  2. ZULFADHLIZULKIFLI

    Ada lagi tak stok DVD Hidayatus Salikin,saya nak beli ? Whatsapp saya 0125735551

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart1
-
+
Total
RM7.00
1