Sale!

Pluralisme Agama Satu Penelitian Islami

RM17.50

87 in stock

Bandingkan
SKU: BKU-PLURALISME Category: Tag:

Kongsi produk ini di

Description

Pluralisme afama adalah satu aliran pemikiran yang melihat kewujudan pelbagai agama sebagai penzahiran tidak balas manusia yang pelbagai terhadp Hakikat Mutlak yang sama (the Absolute). Antara premis utama falsafah ini ialah, pertama, semua tradisi keagamaan adalah setaraf dalam merujuk kepada Hakikat Mutlak yang satu. Kedua, semua agama adalah sama dalam menawarkan jalan kepada keselamatan (salvation), dan yang ketiga, semua agama mempunyai pengalaman yang terhad dan tidak boleh berubah mengenai hakikat ketuhanan.

Permasalahan utama falsafah pluralisme agama ialah ia tidak terhenti kepada pengiktirafan kewujudan pelbagai agama sahaja, akan tetapi menjangkau kepada pengiktirafan kepada kebenaran semua agama di tahap yang sama. Lebih jauh, kecenderungan nisbi dalam menentukan kebenaran agama juga mengandaikan bahawa tiada ajaran agama yang sebenar-benarnya mampu mengetahui kebenaran secara mutlak. Pentafsiran agama sebegini sama sekali tidak sejajar dengan kerangka pandangan alam Islam yang meletakkan kebenaran agama Islam sebagai satu yang pasti dan mutlak.

Tidak hairanlah kelahiran falsafah pluralisme agama ini telah mencetuskan perdebatan terutama di kalangan ilmuwan Islam kini. Karya ini meruakan sebahagian dari perdebatan tersebut. Pelbagai bab dalam buku ini merupakan respons ilmuwan Muslim terhadap faham pluralisme agama dari pembagai dimensi ilmiah.

Additional information

Weight 0.1 kg
Shopping cart1
-
+
Total
RM25.00
1