Description
Motivasi Pagi – Ustaz Ebit Lew
Motivasi Pagi ialah sebuah rancangan terbitan IKIMfm bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7.30 pagi. Rancangan selama sepuluh minit ini bermatlamatkan untuk memberi motivasi mendorong pendengar untuk memulakan hidup mereka pada hari berkenaan dengan positif dan lebih bermakna. Setiap hari, satu topik khusus akan dibincangkan dengan pendekatan yang santai dan bersahaja.
Album ini memuatkan siri ceramah Motivasi Pagi yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew yang telah bersiaran diIKIMfm pada tahun 2012. Ustaz Ebit Lew terkenal sebagai “Ustaz Air Mata” kerana setiap kali beliau menyampaikan ceramah beliau, pasti akan menyebabkan pendengar menitis air mata, apatah lagi belaiu sendiri yang selalunya terlebih dahulu mengalirkan air mata.
Penyampaian beliau yang mudah difahami dan menyentuh perasaan mendapat perhatian pendengar sepanjang bersiaran dalam rancangan ini. Apabila beliau berceramah di Mahabbah IKIMfm Kuching pada Mac 2014 lalu, seorang wanita Cina telah terbuka pintu hati dan diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam sejurus selepas itu.
Kompilasi yang berada ditangan anda ini mengandungi kompilasi 25 siri ceramah Motivasi Pagi yang pernah bersiaran diIKIMfm. Atas permintaan ramai, siri ceramah ini diterbitkan dan diharapkan ianya memberi manafaat yang lebih meluas lagi.
Reviews
There are no reviews yet.