MODEL PENDIDIKAN ISLAM PEMBINA PERADABAN

RM85.00

Buku ini membahaskan lima tajuk penting berkaitan pendidikan dan hubungannya dengan peradaban.  Bermula dengan perbahasan berkaitan peranan pandangan alam sebagai kerangka asas yang penting dalam pembinaan peradaban.  Ini diikuti dengan perbincangan berkaitan makna pendidikan dari sudut tradisi Islam yang berasaskan konsep adab sebagaimana yang dihuraikan oleh ilmuwan mu’tabar Islam.  Aspek lain yang disentuh dalam buku ini ialah kedudukan ilmu dan aqal sebagai teras peradaban terutama dalam menghadapi cabaran ledakan maklumat dan kekeliruan ilmu di era digital hari ini.  Di peringkat pemikiran dan falsafah, tajuk berkaitan cabaran falsafah sekularisme dan perubahan nilai menyentuh bahaya ancaman sekularisme dan perubahan nilai menyentuh bahaya ancaman sekularisasi yang berasaskan prinsip perubahan terutama kepada pendidikan Islam.  Perbahasan buku ini diakhiri dengan tema penyucian jiwa sebagai teras pendidikan dan prasyarat peradaban sesuai dengan falsafah pendidikan dalam Islam untuk melahirkan insan yang baik dan berakhlak mulia.

241 in stock

Bandingkan
SKU: BKU-PENDIDIKAN-ISLAM-2022 Categories: ,

Kongsi produk ini di

Description

Buku ini merupakan rangkuman perbincangan tentang elemen-elemen penting dalam Pendidikan Islam. Antara elemen yang dibahaskan menerusi 11 bab buku ini tremasuklah pengaruh pemikiran dan  ideologi, teori dan falsafah ilmu, peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pembinaan kurikulum dan cabaran semasa. Pengaruh pemikiran dan ideologi dihuraikan melalui serangan falsafah sekularisme dan perubahan nilai dalam Pendidikan Islam. Aspek falsafah dan teori ilmu pula ditumpukan melalui perbahasan dalam konsep ilmu (epistemologi) menurut pelajar dan guru Pendidikan Islam. Sementara itu, perbahasan tentang pendekatan dan peranan guru pula dihuraikan melalui bab efikasi kendiri guru, keperluan terhadap pendekatan blended learning dalam pembelajaran dan kepentingan kecerdasan emosi bertauhid dalam Pendidikan Islam. Aspek kurikulum pula disentuh dalam bab pembangunan kurikulum bersepadu antara ilmu naqli dengan aqli. Tidak ketinggala bab yang mengupas isu pendidikan kesihatan berkeluarga serta kepentingannya dalam Pendidikan Islam.

Additional information

Weight 0.1 kg
Shopping cart0
There are no products in the cart!
0