Description
Sinopsis :
Bulan Ramadan merupakan madrasah yang terfokus, yang wujud setahun sekali bagi umat Islam. Dengan mengambil analogi “madrasah” ini, para penyelidik IKIM telah mengupas pelajaran dan iktibar daripada pengalaman berpuasa. Dimensi-dimensi yang disentuh ini termasuklah perekonomian, kesihatan, akhlak manusia yang berlandaskan keikhlasan dan rasa perhambaan manusia sebenarnya terhadap Tuhan yang menciptakan segala-galanya. Antara tema spesifik yang diberikan tumpuan adalah isu pembaziran semasa Ramadan, ekonomi, pelestarian disiplin, dan kekuatan rohani serta jasmani yang terbina semasa Ramadan.
Additional information
Weight | 0.1 kg |
---|