Description
Buku ini mengandungi perbahasan tentang pelbagai isu yang melibatkan guru dan pendidikan terutama dalam Pendidikan Islam. Antaranya ialah persediaan yang harus ada kepada guru-guru terutama dalam menghadapi cabaran semasa. Cabaran yang dihadapi adalah pelbagai; dari segi pemikiran, ia datang dalam bentuk kefahaman luar yang mengganggu-gugat kefahaman dan pandangan alam Islam yang telah dijamin dalam Falsafah pendidikan Islam; dari segi nilai, ia datang dalam bentuk keruntuhan akhlak dan perubahan nilai-nilai kehidupan yang telah menggugat fabrik masyarakat Islam negara ini; dari segi pendekatan, ia datang dalam bentuk cabaran teknologi dan kehidupan digital yang harus ditangani oleh guru-guru pendidikan Islam. Seterusnya buku ini juga membicarakan tentang peranan penting yang harus dimainkan oleh para guru khususnya guru pendidikan Islam dalam menghadapi suasana semasa yang mencabar.
Reviews
There are no reviews yet.