Description
Buku ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan faraid dan perancangan pewarisan umat Islam. Ia mengandungi enam bab yang disusun mengikut urutan yang membantu memudahkan para pembaca memahami perkara-perkara yang dibahaskan. Perkara-perkara tersebut termasuklah konsep harta dan hukum serta falsafah faraid menurut Islam. Selain itu buku ini turut mengandungi bab yang mengupas isu harta beku yang berpunca daripada kegagalan dan kelewatan pewaris dalam menyelesaikan urusan pembahagian pusaka selepas kematian pemilik harta. Bagi membantu pembaca memahami bentuk-bentuk perancangan pewarisan pula, satu bab khusus yang mengandungi cara pengiraan faraid dan kaedah perancangan pusaka yang disertakan dengan contoh-contoh berkaitan turut dimuatkan di dalam buku ini. Manakala dalam dua bab terakhir, para pembaca buku ini akan didedahkan dengan prosedur-prosedur yang perlu dilalui pewaris serta bidang kuasa institusi-institusi yang terlibat dalam proses pembahagian pusaka di Malaysia.
ISBN : 978-983-2718-65-9
Additional information
Weight | 0.2 kg |
---|