Description
Karya ini membahaskan kaitan antara tiga tema utama—iaitu: aqal, ilmu dan pendidikan berpandukan kerangka pemikiran Ahli Sunnah wal Jamaah. Enam bab awal karya ini meneliti aqal selaku lokus ilmu sekaligus sasaran utama pendidikan dan merangkum isu-isu berikut: (1) hubungan aqal dengan khabar dalam perolehan ilmu dan kefahaman; (2) peranan aqal sebagai pengendali dan pengawas diri; (3) kebebasan aqal; (4) keistimewaan aqal untuk meneliti dirinya sendiri; (5) kemampuan aqal untuk memandang ke hadapan; dan (6) ilmu sebagai intisari aqal sekaligus sifat insan perseorangan. Tiga bab berikutnya membincangkan pula kaitan antara ilmu dan kuasa dengan perhatian yang lebih diberikan kepada penguasaan diri sendiri yang terjelma dalam Tradisi Ilmu Islam sebagai ilmu akhlak dan ilmu ekonomi. Perbincangan perihal aqal dan ilmu kemudiannya dilanjutkan dalam Bab 10 dan 11 berhubung peranan bahasa dan karya-karya berbentuk “syarah,” dan Bab 12 dan 13 berkaitan pendidikan, khasnya pendidikan tinggi dan Islam.
ISBN 978-983-2718-61-1
Additional information
Weight | 0.1 kg |
---|