Description
AHMAD IBRAHIM : Sahsiah, Pemikiran dan Sumbangan Ilmiah
Karya yang mengandungi 21 bab ini dianggap sempurna dalam mengisahkan kehidupan al-marhum Profesor Ahmad bin Mohamad Ibrahim yang berkredibiliti, prolifik dan hebat dalam dunia perundangan Islam di Malaysia. Karya ini turut mengisahkan latar belakang; siasah yang istimewa; dan pemikiran serta sumbangan hebat al-marhum dalam dunia perundangan Islam. Sumbangan ilmiah al-marhum telah dibincangkan dari pelbagai sudut, iaitu perbandingan pemikiran; kewangan dan perbankan; takaful; undang-undang murtad; undang-undang keluarga; undang-undang komersial; undang-undang jenayah syariah; dan wakaf. Rangkuman hasil tulisan kalangan mereka yang amt mengenali keperibadian dan mengagumi pemikiran al-marhum termasuk ank beliau sendiri, bekas-bekas pelajar serta rakan-rakan seperjuangan turut dimuatkan. Maka, tidak keterlaluan untuk menganggap karya ini adalah rakaman dedikasi, ingatan dan penghormatan yang hebat terhadap al-marhum.
ISBN : 978-983-2718-73-4
Additional information
Weight | 0.2 kg |
---|