Description
Buku ini berusaha menggarap dimensi penting peradaban Islam yang digagaskan oleh al-Qur’an. Al-Qur’an tidak memadai sekadar dibaca, ditilawah atau ditarannum sahaja, tetapi hendaklah turut diambil pengajaran bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Buku ini menyentuh aspek yang jarang disentuh oleh buku-buku lain yang seumpamanya yang berbicara tentang al-Qur’an. Perbahasan buku ini dimulakan dengan Bab 1 mengetengahkan gagasan peradaban al-Quran iaitu berhubung dengan Maqasid al-Qur’an; Bab 2 pula tentang al-Qur’an dan Aqal; Bab 3 ialah Al-Qur’an dan Pembangunan Generasi Beradab; Bab 4 menyentuh Al-Qur’an berkaitan Hidup dan Mati; Bab 5 tentang Al-Qur’an dan Kegiatan Ekonomi; Bab 6 pula Al-Qur’an dan Persoalan Tauhid serta Kesan Sosialnya; Bab 7 berhubung Al-Qur’an dan Kemukjizatannya dari Sudut sains; Bab 8 tentang Al-Qur’an dan Keadilan; dan akhir sekali Bab 9 dari perspektif Al-Qur’an dan Suri Teladan Wanita.
ISBN – 978-983-2718-72-7
Additional information
Weight | 0.2 kg |
---|