Description
Adalah sangat mustahak untuk umat Islam bukan sekadar menerima-pakai idea-idea semasa mengenai kepimpinan, yang umumnya dikuasai oleh pandangan alam Barat. Sebaliknya, mereka mestilah secara aktif memikirkan semasak-masaknya isu-isu “Kepimpinan”, dengan mendasarkannya kepada daya-usaha akal dan pemikiran yang asli, yang mensyaratkan kepada usaha memanfaatkan “sumber-sumber” rujukan Islam. Apa yang dimaksudkan dengan “sumber-sumber” tadi, khasnya adalah merujuk kepada karya-karya yang mendalam mutunya sama ada dari segi akliah mahupun rohaniah, yang dihasilkan oleh para ilmuwan agung Islam yang dibimbing oleh al-Qur’an dan berpengalaman luas sepanjang sejarah. Buku Kepimpinan dan Amanat Peradaban ini adalah satu usaha ke arah yang tersebut, dengan kandungannya mencakupi dari elemen kepimpinan, kepimpinan menurut Imam al-Ghazali, dan kepimpinan sebagai amanah, hinggalah kepada sifat pemimpin berintegriti, matlamat kepimpinan, maqasid syariah, dan komunikasi kepimpinan.
Additional information
Weight | 0.1 kg |
---|
Reviews
There are no reviews yet.