Description
Kisah Nabi Musa a.s. adalah kisah paling banyak dalam al-Quran. Kisah-kisah ini membabitkan sama ada baginda menghadapi Firaun dan regimnya ataupun menghadapi kerenah Bani Israel. Hanya satu sahaja kisah Nabi Musa yang ganjil iaitulah baginda sebagai anak murid yang menuntut ilmu dari Khidr. Ia dirakamkan dalam surah al-Kahfi dan tidak selainnya. Allah mahu menunjukkan kepada kita bahawa Bani Israel bukan sahaja musuh kepada nabi-nabi mereka sendiri, malah musuh kepada Nabi Muhammad SAW dan kita semua. Mereka masih wujud dan melakukan kerosakan zaman-berzaman.
Sesungguhnya banyak ibrah boleh diperolehi daripada kisah Nabi Musa a.s. dalam al-Quran. Tiada pena akan mampu menulis secukupnya ibrah tersebut. Ini kerana kisah itu adalah kisah dari Kitabullah yang turun dalam bahasa Arab dan bukan rekaan manusia yang terbatas fikiran dan pengetahuan.
Karangan: Ustaz Syaari Abdul Rahman
ISBN: 978-983-097-643-3
Additional information
Weight | 0.2 kg |
---|